in

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018

Jadual Peperiksaan UPSR 2018 Tahun 6 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Bilakah tarikh peperiksaan UPSR 2018? Perhatian kepada calon, ibu bapa, penjaga yang mempunyai anak bersekolah di tahun 6, berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) telah mengumumkan UPSR akan berlangsung pada 20 dan 24-27 September 2018.

UPSR 2018 ini akan bermula pada hari Khamis, 20 September 2018 bagi kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan.

Minggu berikutnya pula adalah 24 September 2018 bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.

Seterusnya pada 25 September 2018, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan, Matematik pada 26 September dan Sains pada hari akhir iaitu 27 September 2018.

Panduan buat ibu bapa dan murid, bermula tahun ini, penilaian murid tidak lagi memfokuskan kepada kecemerlangan akademik sahaja.

Tetapi turut melihat kepada pencapaian murid secara holistik sebagai seorang insan.

Keputusan UPSR hanya salah satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).

Tiga lagi komponen yang diambil kira ialah:

  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
  3. Pentaksiran Psikoetrik (PPsi)

Arahan Am UPSR 2018

Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2018.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia
menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN UPSR 2018

Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan UPSR 2018 dimulakan.

Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

Download Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments