in

Senarai Universiti Awam (UA) Di Malaysia

Untuk makluman, istilah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak lagi digunakan bagi merujuk kepada universiti awam sebaliknya diganti dengan perkataan Universiti Awam (UA).

Semua universiti awam di seluruh negara dikenali sebagai UA manakala istilah IPTA pula akan digunakan bagi merujuk kepada Kolej Komuniti dan Politeknik. Ia bagi memberikan status yang lebih tinggi dan memartabatkan universiti-universiti awam dalam negara.

Universiti Awam (UA) di Malaysia dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif dan Universiti Berfokus.

20 Senarai Universiti Awam (UA) Terkini Di Malaysia

Berikut dikongsikan senarai universiti awam (UA) yang diiktiraf di Malaysia.

Universiti Malaya (UM)
Lembah Pantai, Kuala Lumpur
http://www.um.edu.my

Universiti Sains Malaysia (USM)
Minden, Pulau Pinang
http://www.usm.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor
http://www.ukm.my

Universiti Putra Malaysia (UPM)
Serdang, Selangor
http://www.upm.edu.my

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, Johor
http://www.utm.my

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Gombak, Selangor
http://www.iium.edu.my

Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok, Kedah
http://www.uum.edu.my

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Kuching, Sarawak
http://www.unimas.my

Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Kota Kinabalu, Sabah
http://www.ums.edu.my

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tanjung Malim, Perak
http://www.upsi.edu.my

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Nilai, Negeri Sembilan
http://www.usim.edu.my

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam, Selangor
http://www.uitm.edu.my

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kuala Terengganu, Terengganu
http://www.umt.edu.my

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Batu Pahat, Johor
http://www.uthm.edu.my

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Durian Tunggal, Melaka
http://www.utem.edu.my

Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Kuantan, Pahang
http://www.ump.edu.my

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Kangar, Perlis
http://www.unimap.edu.my

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kuala Terengganu, Terengganu
http://www.unisza.edu.my

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Pengkalan Chepa, Kelantan
http://www.umk.edu.my

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur
http://www.upnm.edu.my

3 Kategori Universiti Awam (UA)

Universiti Awam (UA) di Malaysia dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif dan Universiti Berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan). Sehingga kini, terdapat 20 buah UA di negara ini yang terdiri daripada 5 Universiti Penyelidikan, 4 Universiti Komprehensif dan 11 Universiti Berfokus.

Universiti Penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara Universiti Komprehensif menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian, manakala Universiti Berfokus pula memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya.

UNIVERSITI PENYELIDIKAN

1. Universiti Malaya
2. Universiti Sains Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI KOMPREHENSIF

1. Universiti Teknologi Mara
2. Universiti Malaysia Sabah
3. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
4. Universiti Malaysia Sarawak

UNIVERSITI BERFOKUS

1. Universiti Utara Malaysia
2. Universiti Pendidikan Sultan Idris
3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
5. Universiti Malaysia Perlis
6. Universiti Malaysia Terengganu
7. Universiti Malaysia Pahang
8. Universiti Sains Islam Malaysia
9. Universiti Sultan Zainal Abidin
10. Universiti Malaysia Kelantan
11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Universiti Awam (UA) menjadi destinasi puncak bagi semua pelajar. Namun tidak semua pelajar layak masuk ke UA. Pelajar yang berjaya masuk ke universiti awam selepas SPM ialah pelajar yang cemerlang. Lepasan SPM yang ingin memasuki UA perlu memohon melalui permohonan UPU Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments