in

Semakan Panggilan Menduduki Ujian MEdSI Sesi 2018/2019

Semakan Panggilan Menduduki Ujian MEdSI Sesi 2018/2019. Adalah dimaklumkan bahawa semakan panggilan menduduki ujian MEdSI Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ke Universiti Awam (UA) boleh disemak mulai 11 Mei 2018 selepas jam 5 petang.

Semakan panggilan Ujian MEdSI boleh di buat dengan melayari laman web Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

ujian MEdSI

Syarat-Syarat Menduduki Ujian MEdSI

Pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf yang layak, akan menghadiri ujian MEDSI sesi 2018/2019. Pemohon yang memenuhi Syarat AM dan Syarat Khas Program Pendidikan di IPTA sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki ujian ini.

Apakah ujian MEdSi?

Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia adalah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Universi Awam (UA). Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.

Komponen ujian ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu:

PERSONALITI – (110 soalan)
MINAT KERJAYA – (60 soalan)
NILAI INTEGRITI – (70 soalan)
KECERDASAN EMOSI – (60 soalan)

Jumlah soalan yang wajib dijawab oleh calon adalah sebanyak 300 soalan dalam masa 1 jam.

Pengenalan Kepada MEdSI

Menurut Holland (1998), keselarasan antara ciri-ciri guru dengan sesuatu kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya.

Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2005), pemilihan kerjaya yang baik adalah seakan-akan sama dengan memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau pasak empat segi ke dalam lubang empat segi. Ini bermakna, terdapat keperluan untuk menentukan ‘individu yang betul untuk kerja yang betul’ diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon guru.

Berdasarkan matlamat di atas serta parameter penting kriteria pemilihan guru iaitu personaliti, minat, pencapaian, nilai integriti dan kecerdasan emosi, satu instrumen telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.