in

Tema Hari Kebangsaan 2018

Sayangi Malaysiaku

Tema Hari Kebangsaan Dan Logo Hari Kebangsaan 2018. Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun 2018 adalah bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku‘.

Tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah Sayangi Malaysiaku. Tema ini dipilih bagi merai dan mempertingkatkan lagi semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.

Logo Hari Kebangsaan 2018

logo sayangi malaysiaku

Logo ‘Sayangi Malaysiaku‘, ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam diterima kementerian untuk dipilih sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan 2018.

Logo tersebut menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.

Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia.

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018

Lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk ‘Kita Punya Malaysia‘ nyanyian kumpulan Bunkface, dicipta oleh vokalisnya, Sam.

Lagu ini menggambarkan Malaysia ini kita punya dan kita perlu bersatu dalam kepelbagaian serta mempunyai jati diri yang tinggi, berganding bahu dalam membangunkan negara tercinta.

Sabah pula dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan pada 16 September ini.

Tema Hari Kebangsaan

Tema Hari Kebangsaan dari tahun 2000 sehingga kini.

2000-2006 Keranamu Malaysia

2007 Malaysiaku Gemilang

2008 Perpaduan Teras Kejayaan

2009 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

2010 1Malaysia Menjana Tranformasi

2011 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

2012 1Malaysia. Janji Ditepati

2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

2014 Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

2015-2016 Sehati Sejiwa

2017 Negaraku Sehati Sejiwa

2018 Sayangi Malaysiaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments