in

Tanda Awal Kehamilan (Pregnancy Signs)

Ini Antara Yang Patut Anda Perhatikan

Apa Itu Kehamilan

Tanda-tanda awal kehamilan dapat diamati menerusi pelbagai cara. Sebelum itu fahami dahulu apa maksud kehamilan dari sudut perubatan.

Dari sudut istilah, kehamilan dan mengandung merujuk kepada perkara sama, iaitu proses seseorang wanita mempunyai janin di dalam perutnya dan akan melahirkan seorang zuriat.

Dari sudut perubatan, ia merujuk kepada tempoh wanita membawa embrio dalam tubuhnya selepas berlaku proses keluarnya sel telur matang bertemu dengan sperma.

tanda awal kehamilan
Foto kredit: newbornbaby.com.au

Tanda Awal Kehamilan

Kebanyakan wanita mengalami tanda khusus pada peringkat awal mengandung. Tanda-tanda awal mengandung ini dapat dilihat berdasarkan beberapa perkara berikut.

Tanda 1: Keletihan Melampau

Mengalami keletihan melampau yang tiada kaitan dengan aktiviti atau kerja berat adalah antara tanda awal kehamilan.

Ini kerana tubuh seseorang wanita pada peringkat ini perlu bekerja dua kali ganda untuk membantu pertumbuhan janin.

Selain itu, keletihan melampau juga berpunca daripada peningkatan hormon progesteron pada awal kehamilan. Malah, seseorang wanita mungkin mengalami letih dan mengantuk secara serentak pada peringkat ini.

Tanda 2: Loya dan Muntah

Tanda awal lain kehamilan ialah loya dan muntah. Ini tidak semestinya dialami setiap wanita mengandung, tetapi ia petanda lazim.

Ini kerana, secara umum data perubatan mendapati 75 peratus wanita mengaku mengalami loya pada awal kehamilan, terutama awal pagi.

Tanda 3: Sakit Kepala

Tanda awal kehamilan juga boleh dalam bentuk gangguan sakit kepala. Ini kerana pada awal kehamilan akan berlaku peningkatan edaran darah akibat perubahan hormon di dalam badan wanita mengandung.

Selain sakit kepala, tanda lain mungkin dalam bentuk pening seolah-olah sedang berada di atas kapal. Ini ada kaitan dengan pembuluh darah yang melebar atau tekanan darah menurun pada awal seseorang wanita mengalami kehamilan.

Tanda 4: Perubahan Pada Payudara

Pada awal kehamilan, payudara juga terasa lebih padat, berat, sensitif dan mungkin sedikit sakit apabila disentuh.

Ini ada kaitan dengan perubahan hormon progesteron dan estrogen pada awal kehamilan

Ini mungkin berterusan selama satu minggu hingga dua minggu selepas proses pembenihan berlaku.

Tanda 5: Alah Pada Makanan

Ini juga antara tanda awal yang lazim bagi wanita ketika peringkat awal mengandung.

Data perubatan mendapati kira-kira 85 peratus wanita akan mengalami alahan terhadap beberapa kategori makanan pada peringkat ini.

Ada lagi beberapa tanda yang sesetengahnya tidak lazim dan mungkin tidak dialami semua wanita pada awal kehamilan.

Apa Patut Buat?

Perkara pertama ialah anda perlu maklumkan perkembangan dan perubahan ini pada suami.

Ada baiknya juga jika turut dimaklumkan kepada keluarga terdekat, terutama ibu dan ibu mentua kerana mereka lebih berpengalaman dan lebih tahu apa patut buat.

Lebih daripada itu ialah sudah semestinya anda perlu menemui doktor perubatan untuk membuat periksaan dan mengesahkan kehamilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments