in

Permohonan SPA8i 2018 Online

SPA8i 2018 Permohonan Online Semakan Jawatan Kosong Kerajaan Terkini.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun. Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Iklan yang disiarkan melalui media hanya sebagai makluman tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pemohon-pemohon diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon tidak akan didaftarkan.

spa8i new

Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i

Bagaimanakah untuk memohon jawatan kosong dalam kerajaan?
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:

(a) Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah 1 tahun;
(b) Permohonan jawatan adalah sebanyak 15 jawatan sahaja;
(c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

Senarai Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i

Berikut adalah senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang berdasarkan kelayakan.

Sila Klik Pemohonan Lepasan Ijazah/Sarjana/PHD

Sila Klik Pemohonan Lepasan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC

Sila Klik Pemohonan Lepasan Sijil Matrikulasi KPM

Sila Klik Pemohonan Lepasan SPM/SVM/SKM/Sijil

Sila Klik Pemohonan Lepasan PMR/PT3

Sila Klik Pemohonan yang mempunyai kelayakan bakat

Sila Klik Pemohonan Latihan Separa Perubatan

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan SPA8i 2018 Terkini

spa8i Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Pembantu Pendaftaran Gred KP19 – SPA8i
(Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia)

Tarikh Tutup Permohonan: 18 Julai 2018 (Rabu) jam 11.59 malam

spa8i Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 – SPA8i
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Julai 2018 (Ahad) jam 11.59 malam

spa8i Penghantar Notis Gred N11

Penghantar Notis Gred N11 – SPA8i
(Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia)

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Julai 2018 (Ahad) jam 11.59 malam

spa8i Pembantu Pegawai Latihan Gred E19

Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
(Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia)

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2018 (Ahad) jam 11.59 malam

Semakan Keputusan Temu Duga SPA8i

Pemelihara Hutan Gred G41 – Klik

Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 – Klik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments