in

Cara Solat Dhuha Yang Mudah Berserta Doa & Kelebihannya

Bagi anda yang sering mengalami masalah kewangan atau yang berkaitan dengan rezeki, anda mungkin sudah boleh mengamalkan solat dhuha bagi mengatasi masalah ini. Kerana salah satu faedah dari solat dhuha ialah memudahkan sebarang urusan rezeki samada dari bentuk kewangan, kesihatan ataupun perjalanan karier anda (perniagaan atau kerja makan gaji).

Untuk berjaya dalam kehidupan anda, solat dhuha ini adalah cara yang terbaik untuk anda. Tak kisah samada anda seorang pekerja, isteri ataupun pelajar, pastinya anda ada matlamat sendiri dalam kehidupan anda.

1. Niat Solat Dhuha

niat solat dhuha

Maksud: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

Bagi bilangan rakaat solat dhuha, anda boleh memilih untuk melakukan antara 2 rakaat hingga 8 rakaat bergantung kepada anda. Sebarang surah boleh dibaca dan antara cadangan yang surah yang anda boleh baca ialah pada rakaat pertama surah al-Shams, manakala untuk rakaat kedua pula ialah surah ad-Dhuha.

surah as-syams
surah as-syams
Surah ad-Dhua
Surah ad-Dhua

Bacaan Ketika Dalam Solat Serta Doa Sujud Akhir

Untuk bacaan lain di dalam solat, tiada perbezaan, sama seperti solat fadhu biasa. Sekiranya anda ingin mengamalkan doa di bawah ini, lakukan semasa di sujud terakhir. Doa ini dibaca sebanyak 40 kali.

bacaan solat dhuha

Maksudnya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang maha memberi akan ilmu dan hikmah dan murahanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang maha pemberi rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.

Doa Selepas Solat Dhuha

doa dhuha

Maksudnya: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Baca juga: Cara solat tahajjud yang mudah dan betul

Kelebihan Solat Dhuha

1. Dicukupkan Rezeki Pada Hari Tersebut
Allah telah berfirman dalam satu hadis qudsi, diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

2. Mendapat Rumah di Syurga Kelak
Nak sebuah rumah di syurga nanti? Jangan risau, solat dhuha melayakkan anda untuk menerima sebuah rumah di syurga melalui hadis ini, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (Sahih al-Jami’: 634)

3. Dosa Lalu Diampunkan
Bagi anda yang rajin mengamalkan solat dhuha, Allah akan mengampunkan dosa-dosa yang terdahulu. Rasulullah S.A.W ada menyatakan dalam hadis ini, “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

4. Mendapat Pahala Seumpama Melakukan Umrah
Jangan terkejut kalau anda boleh mendapatkan pahala umrah dengan hanya melakukan solat dhuha dua rakaat sahaja. Ini adalah satu kurniaan Allah kepada mana-mana hamba-Nya yang mengerjakan solat dhuha.

Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih Al-Targhib: 673)

Sebagai penutup, jadikan solat dhuha ini sebagai amalan dan lakukan secara istiqamah. InsyaAllah bagi yang mempunyai masalah, Allah akan selesaikan dengan berkat solat dhuha. Akhir kata, selamat beramal!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments