in

Semakan Keputusan PISMP 2018 Online

Semakan Keputusan PISMP 2018 Online. Semakan nama calon berjaya ditemuduga untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) secara dalam talian. Semakan boleh dibuat pada 09 Mei 2018 hingga 15 Mei 2018.

Semakan keputusan PISMP dipanggil sesi temu duga adalah untuk calon LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Keputusan PISMP Temuduga 2018

Pemohon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga. Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani Ujian Amali semasa temu duga.

Pemohonan untuk terpilih adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel.

Calon yang telah menduduki UKCG atau sesi temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program PISMP 2018 akan mendaftar di maktab perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 26 Jun 2018.

Semak Status: https://pismp.moe.gov.my/index.cfm