in

SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS ini adalah singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan dan menyelesaikan masalah pengendalian data murid di seluruh Malaysia.

Salah satu objektif besar dan utama bagi SAPS ini ialah memastikan berlaku pengurangan dalam permintaan data peperiksaan di sekolah. Malah SAPS juga telah menjadi penanda arah kepada pihak ibu bapa dan kementerian melalui analisis:

  • Take Of Value (TOV)
  • Expected Target Result (ETR)
  • Actual Result (AR)

Sistem ini dikendalikan oleh dua golongan guru. Pertama, guru kelas itu sendiri untuk memasukkan dan memastikan maklumat kelas sentiasa dikemaskini seperti data murid. Kedua, guru matapelajaran di mana mereka akan mengemaskini maklumat mata pelajaran yang mereka ajar dan markah peperiksaan bagi subjek masing-masing.

Keputusan markah ujian dan peperiksaan akan di isi oleh guru kelas dan guru matapelajaran. Seberapa cepat masa yang diambil untuk mendapat tahu markah ini bergantung kepada masa yang diambil oleh para guru bagi mengisi data ini.

saps ibubapa

Manfaat SAPS Untuk Ibu Bapa

Ibu bapa dan penjaga juga mendapat manfaat yang banyak daripada sistem ini kerana mereka boleh memantau dan mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka di sekolah dengan cara memuat turun secara dalam talian slip peperiksaan anak mereka melalui portal Semakan Ibu Bapa di SAPS tersebut.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini mengganti fungsi buku rekod peperiksaan di mana ibu bapa boleh mendapatkan maklumat seperti berikut:
– Bilangan mata pelajaran berdaftar
– Jumlah markah
– Kedudukan dalam kelas / darjah
– Kehadiran
– Peratus gred purata
– Keputusan pencapaian gred keseluruhan

Cara Mengakses Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Bagi ibu bapa dan penjaga boleh mengakses sistem ini dengan pautan rasmi di bawah:

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

SAPS Tidak Boleh Diakses?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku sebenarnya:

1. Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengakses SAPS ini mungkin kerana capaian yang tinggi semasa anda cuba mengakses. Bila terlalu ramai ibu bapa yang ingin mengakses (lebih-lebih lagi selepas musim ujian dan peperiksaan), server tidak dapat menampung pengunjung yang terlalu ramai. Ini menyebabkan sistem SAPS mengalami ganguan capaian (server down).

2. Kemungkinan yang lain ialah Portal SAPS sedang dalam proses penambahbaikan sistem seperti proses mengemaskini dan penyelarasan sistem.

Nasihat kami untuk ibu bapa dan penjaga yang mengalami masalah ini supaya bersabar dan cuba untuk mengakses Portal SAPS pada waktu bukan kemuncak seperti awal pagi dan tengah malam.

No Kad Pengenalan / Sijil Lahir Tidak Dapat Diakses

Sekiranya masalah ini berlaku kepada anak anda semasa ingin mengakses Portal SAPS, ibu bapa atau anak anda perlu menghubungi guru kelas melalui whatsapp ataupun secara peribadi bagi memaklumkan masalah tersebut.

Cuba hubungi guru semasa waktu persekolahan dan elakkan menghubungi mereka diluar waktu kerja bagi memudahkan anda kerana mereka perlu berurusan dengan guru Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah.

Sekiranya ejaan nama anak anda tidak tepat, anda boleh menggunakan kaedah yang sama seperti di atas untuk membetulkan ralat tersebut.

sistem analisis peperiksaan sekolah

Maklumat Lain Berkaitan SAPS

1. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini hanya menyediakan semakan markah ujian dan peperiksaan bagi Darjah 1 sehingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Dan Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 untuk sekolah menengah.

2. Pastikan komputer dan juga telefon pintar anda mempunyai perisian yang boleh membaca file PDF seperti perisian Adobe Reader / Foxit Reader bagi membolehkan lampiran slip ujian dan peperiksaan dipaparkan.

3. Bagi data tahun-tahun lepas, ibu bapa dan penjaga juga boleh menyemak dengan menggunakan aplikasi ini.

4. Keputusan Peperiksaan Awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak akan dipaparkan dan tidak boleh disemak dengan menggunakan portal SAPS ini. Semua keputusan peperiksaan di atas hanya boleh disemak di sekolah masing-masing semasa keputusan peperiksaan diumumkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments