in

SAPS – Modul Guru Dibuka Semula Pada 30 Jun 2018

SAPS – Modul Guru Dibuka Semula Pada 30 Jun 2018. Penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) sebelum ini telah diberhentikan pengoperasian pada 9 Jun 2018 atas faktor keselamatan.

Berdasarkan Surat Pemakluman Pengoperasian Semula Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bertarikh 27 Jun 2018, SAPS dibuka semula pada 30 Jun 2018 bagi membolehkan urusan pengisian markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) di peringkat sekolah.

SAPS - Modul Guru Dibuka Semula Pada 30 Jun 2018

Semua urusan pengisian markah PPT hendaklah diselesaikan sebelum atau pada 14 Julai 2018.

Akses kepada SAPS ini hanya dibuka untuk modul guru sahaja. Modul SAPS ibu bapa ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak.

Semua sekolah akan menerima kata laluan baharu (sementara) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mengakses SAPS.