in

SAPS Ibu Bapa – Semak Slip Peperiksaan Pelajar

SAPS Ibu Bapa Semak Slip Peperiksaan Pelajar 2018. Ibu bapa atau penjaga yang ingin mengetahui perkembangan terkini prestasi akademik sekolah anak kini boleh di buat secara online melalui sistem SAPS Ibu Bapa.

Sistem SAPS ibu bapa telah dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

SAPS ibu bapa merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah ibubapa, KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Sistem SAPS ibu bapa ini menggantikan sistem buku rekod peperiksaan secara manual.

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan sendiri semua keputusan peperiksaan sama ada peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan percubaan bermula dari Darjah 1 sampailah Tingkatan 5.

Kedudukan dalam kelas juga boleh diketahui melalui sistem SAPS ibu bapa. Kini, semuanya hanya dihujung jari sahaja.

SAPS Ibu Bapa – Cara Semak Keputusan Peperiksaan

LANGKAH 1 : CARIAN MURID

  • Sila masukkan nombor Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa “-” atau “SPACE”)
  • Kemudian klik Cari

saps ibu bapa

LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH
Sila masukkan maklumat sekolah pelajar, sekolah terkini atau sebelum ini

  • Pilih Negeri
  • Klik cari di sini dan taip nama sekolah
  • Klik hantar
  • Pilih sekolah anda
  • Klik semak

saps ibu bapa

LANGKAH 3 : SEMAK LAPORAN SAPS IBU BAPA

  • Sila masukkan maklumat sekolah pelajar, sekolah terkini atau sebelum ini
  • Pilih tahun
  • Pilih salah satu jenis peperiksaan (jangan risau akan terpapar semua jenis peperiksaan sama ada ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun)
  • Papar markah peperiksaan

saps ibu bapa

LANGKAH 4 : SLIP KEPUTUSAN PELAJAR

  • Klik Papar Slip Keputusan
    (pastikan anda mempunyai perisian yang boleh membaca file PDF)
  • Cetak

saps ibu bapa

Analisa Keputusan Ujian Dan peperiksaan

saps ibu bapa

SILA KLIK: Portal Rasmi SAPS KPM

SILA KLIK: Gred Permarkahan Sekolah

Panduan Am Masalah SAPS

  1. Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Akses
  2. Ejaan Nama Pelajar Salah

Ibubapa atau penjaga perlu menghubungi guru kelas anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut. Guru kelas hendaklah mengemaskini nama pelajar tersebut dan menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika disahkan salah, guru kelas perlu mengemaskini pelajar berkenaan di Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah.