in

Permohonan PISMP IPG Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2018

Permohonan PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Ambilan Jun 2018 Online. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Program PISMP ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

pismp 2018

Syarat Permohonan PISMP Lepasan SPM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998
  3. Sihat tubuh badan
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  5. Mendapat gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM
  6. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    i. Bahasa Melayu
    ii. Sejarah
  7. Mestilah lulus Bahasa Inggeris
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).

Calon Tidak Layak Memohon

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Tarikh Penting Permohonan PISMP 2018

Kalendar aktiviti bagi permohonan PISMP Ambilan 2018 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan:

11 Mac 2018
Iklan permohonan calon guru tajaan KPM bagi program praperkhidmatan lulusan SPM tahun 2018 dalam akhbar tempatan

13 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
Permohonan PISMP secara online dibuka

28 Mac 2018
Permohonan ditutup

09 April 2018 (01:00 AM) hingga 17 April 2018
Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG

15 April 2018 (08:00 AM) hingga 26 April 2018
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

09 Mei 2018 hingga 15 Mei 2018
Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara online. Pemohon PISMP yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman web KPM

13 Mei 2018 hingga 18 Mei 2018
Temu Duga (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik/Kokurikulum

13 Mei 2018 (01:00 AM) hingga 24 Mei 2018 (11:59 PM)
Semakan tawaran calon berjaya
Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM
Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri

26 Jun 2018
Pendaftaran calon PISMP di Institut Pendidikan Guru
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran

Tarikh tersebut adalah sebagai panduan calon PISMP dan tertakluk kepada perubahan.