in

Permohonan UiTM Sesi 2 2018/2019 Lepasan SPM/Setaraf

Permohonan UiTM Sesi 2 2018

Permohonan UiTM Sesi 2 2018/2019 Lepasan SPM/Setaraf. Permohonan kemasukan UiTM sesi 2 – 2018/2019 bagi lepasan SPM secara online. Menerusi makluman rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, permohonan ambilan kedua bagi lepasan SPM/Setaraf dan Penerapan Pra Diploma dibuka mulai 9 Julai 2018.

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Program Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)
(ambilan November 2018)

Program Diploma
(ambilan Januari 2019)

Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (AP243)
(ambilan Mac 2019)

Senarai Program Asasi dan Diploma Sesi 2 2018/2019

Sila layari Senarai Program Asasi dan Diploma Sesi 2 – 2018/2019

Permohonan UiTM Sesi 2 2018/2019 Lepasan SPM/Setaraf

Sila layari online.uitm.edu.my mulai 9 Julai 2018

Nota Penting: Pemohon dikehendaki membeli no pin “Diploma UiTM” bernilai RM10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) dari 9 Julai 2018 hingga 27 Ogos 2018.

Syarat Kemasukan ke UiTM

1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
2. Pemohon berketurunan Melayu / Anak Negeri Sabah / Anak Negeri Sarawak / Orang Asli Semenanjung sahaja
3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menungu prosiding jenayah terhadapnya
5. Pelajar yang sedang belajar di mana mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UiTM

Tarikh Tutup Permohonan

27 Ogos 2018 / Isnin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments