in

Permohonan Kolej Vokasional Ambilan Jun 2018

Info permohonan Kolej Vokasional (KV) terpilih ambilan Jun 2018 bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia. Murid Lepasan PBS Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 dipelawa untuk memohon Program Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional terpilih bagi Ambilan Jun 2018 mulai sekarang hingga 18 Mei 2018.

Borang permohonan Kolej Vokasional boleh diperolehi di Kolej Vokasional Kota Bharu, Kolej Vokasional Pasir Gudang, Kolej Vokasional Tanjung Piai dan Kolej Vokasional Batu Pahat (bagi permohonan ke Kolej Vokasional Tun Hussein Onn) berdasarkan kursus yang dipohon.

Kursus Yang Di Tawarkan Kolej Vokasional Terpilih

Program Sijil Kemahiran Malaysia selama dua tahun di Kolej Vokasional terpilih bagi ambilan Jun 2018 menawarkan kursus seperti berikut:

KOLEJ VOKASIONAL TUN HUSSEIN ONN
Kursus: Pembuatan Pakaian Wanita (TA-011-2:2012)
Bilangan Murid: 25 murid
Jenis: SLDN

KOLEJ VOKASIONAL KOTA BHARU
Kursus: Operasi Pelancongan (HT-102-3:2014)
Bilangan Murid: 25 murid
Jenis: SLDN

KOLEJ VOKASIONAL PASIR GUDANG
Kursus: Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (MC-024-3:2012)
Bilangan Murid: 25 murid
Jenis: SLDN

KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PIAI
Kursus: Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (MC-024-3:2012)
Bilangan Murid: 25 murid
Jenis: SLDN

Kursus: Pemesinan Industri (MC-050-1/2/3 :2012)
Bilangan Murid: 25 murid
Jenis: SKM

Syarat Umum Dan Syarat Khusus Program Sijil Kemahiran Malaysia Di Kolej Vokasional (KV)

  • Calon adalah Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon bebas daripada masalah mental
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
  • Calon berminat dengan program dipohon

Cara Buat Permohonan Kolej Vokasional 2018

Borang permohonan Kolej Vokasional hendaklah diisi lengkap dan dikepilkan bersama-sama dengan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

a. Salinan Kad Pengenalan calon

b. Salinan Keputusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2017 yang merangkumi:

  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke Kolej Vokasional Kota Bharu, Kolej Vokasional Pasir Gudang dan Kolej Vokasional Tanjung Piai kecuali borang permohonan Kolej Vokasional Tun Hussein Onn hendaklah dihantar ke Kolej Vokasional Batu Pahat. Calon yang berjaya ditawarkan akan dihubungi oleh Kolej Vokasional berkaitan.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung dengan permohonan Kolej Vokasional Ambilan Jun 2018 sila hubungi:

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Atau menghubungi pegawai Kolej Vokasional berikut:

KV TUN HUSSEIN ONN
En Jayati bin Haji Yono (019-7195783)

KV KOTA BHARU
En Azhar bin Hamzah (012-9575419)

KV PASIR GUDANG
En. Faisal bin Md Kasim (013-7708533)

KV TANJUNG PIAI
En. Abd. Rashid bin Masduki (019-7313605)

Tarikh Penting Permohonan Kolej Vokasional Ambilan Jun 2018

16 April hingga 18 Mei 2018: Pengisian borang manual / Walk in di KV

21 Mei hingga 31 Mei 2018: Pemilihan di KV

3 Jun hingga 4 Jun 2018: KV hantar senarai nama ke BPTV

6 Jun hingga 8 Jun 2018: BPTV serah surat tawaran murid kepada KV untuk agihan kepada calon berjaya

25 Jun 2018: Pendaftaran

26 Jun hingga 29 Jun 2018: Rayuan

DOWNLOAD: Borang Permohonan Kolej Vokasional Ambilan Jun 2018