in

Panduan Dan Cara Pangkah Kertas Undi PRU14

Panduan dan cara pangkah kertas undi Pilihan Raya Umum Ke-14 PRU14 pada tarikh mengundi 9 Mei 2018. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa selain tanda pangkah ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi.

Pangkah kertas undi syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan. Tulisan berbentuk perkataan tidak boleh, tapi kalau dot, tick atau apa tanda yang dibuat dalam kotak yang boleh takrifkan bahawa pemilih mempunyai niat untuk memilih calon itu, maka ia boleh diterima sebagai undi sah.

Baca: Langkah pengundian pada hari mengundi 9 Mei 2018

Contoh-contoh undi ragu yang boleh diterima:

1. Sebarang tanda yang dibuat oleh pengundi yang dapat dibuat dengan jelas undi yang hendak diberikan kepada calon.
2. Sebarang tanda yang dibuat di dalam ruang “nama calon”.
3. Sebarang tanda yang dibuat di dalam ruang “simbol calon”.
4. Tanda yang dibuat di dalam lebih dari satu ruang bagi calon yang sama.
5. Satu tanda atau lebih di dalam ruang yang sama.
6. Sebarang tanda yang melangkaui ruang tetapi tidak memasuki ruang bagi calon yang lain.
7. Kertas undi yang terkoyak sedikit tetapi tidak menjejaskan butiran didalamnya.
8. Tanda yang dibuat menggunakan jari yang dicelup dakwat pilihanraya.
9. Tanda yang dibuat diruang yang disediakan tetapi kertas undi terkena dakwat pilihanraya semasa menanda kertas undi.

Untuk lebih mudah difahami, tonton video ini.

Contoh-contoh undi ragu yang ditolak:

1. Kertas undi yang tidak dicap atau ditindik dengan tanda rasmi atau tidak ditandatangani oleh ketua tempat mengundi.
2. Sebarang tanda yang diberi kepada lebih dari satu calon.
3. Tanda yang dibuat pada ruang satu-satu calon tetapi melangkaui ruang calon yang lain.
4. Tanda yang dibuat di luar ruang nama calon, ruang simbol dan ruang untuk memangkah.
5. Sebarang tanda atau catatan yang boleh mengenalkan diri pengundi yang dibuat di mana-mana bahagian kertas undi.
6. Sebarang bentuk gambar yang dilukis di mana-mana di bahagian kertas undi.
7. Kertas undi yang ditulis dengan perkataan lucah, sensitif dan yang menunjukkan persendaan di mana-mana bahagian kertas undi.
8. Kertas undi yang ditulis dengan sebarang perkataan.
9. Kertas undi yang dikoyak dan diceraikan.
10. Kertas undi kosong (tidak bertanda).

Untuk lebih mudah difahami, tonton video ini.

Inilah antara perkara asas panduan mengenai ‘undi sah’, ‘undi ragu’ dan ‘undi rosak’ yang sebenarnya tidak dimaklumkan kepada masyarakat umum. Mungkin dengan niat murni tidak mahu mengelirukan orang ramai.

Pengundi dibolehkan menanda kertas undi dengan pelbagai cara lain, namun tanda ‘X’ merupakan yang paling ideal.

Untuk mengetahui panduan yang lebih lengkap, boleh klik di sini!

Fikir Sebelum Pangkah Kertas Undi

Bilangan undi rosak menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia tidak faham mengenai cara pangkah kertas undi semasa pilihan raya sehingga beratus-ratus ribu kertas undi terpaksa ditolak dan dikategorikan sebagai undi rosak.

Terdapat pengundi yang mungkin sengaja merosakkan sesuatu kertas undi kerana tidak tahu calon yang mahu dipilih.

Malah terdapat juga pengundi yang terpengaruh dengan kempen #UndiRosak yang kecewa dengan parti-parti politik dan tokoh-tokoh politik di negara ini.

332,297 kertas undi ditolak atau undi rosak pada PRU13
324,120 kertas undi ditolak atau undi rosak pada PRU12

SPR tidak lagi menggunakan pensil dalam urusan pengundian, sebaliknya hanya menggunakan pen mata bola untuk pengundi pangkah kertas undi PRU14. Pangkah kertas undi anda berhati-hati, pastikan ia bernilai!

Sumber: FMT

One Comment

Leave a Reply
  1. Merepek je. Jgn caya wei, tak pasal2 je korang punya undi tak dikira nanti. Cuma pangkah je yg diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments