in

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Lima senator hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Seramai 13 lagi menteri kabinet Malaysia dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara pada 2 Julai.

Susulan 13 menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan, 13 menteri terdahulu sudah mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 10 Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, kemudian mengangkat sumpah mengetuai barisan 13 anggota Kabinet pada 21 Mei lalu.

Baca juga: Senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri di Malaysia

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Menteri Kabinet Malaysia 2018

Berikut adalah senarai Menteri Kabinet Malaysia kerajaan Pakatan Harapan:

PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir bin Mohamad

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Menteri Kewangan – Lim Guan Eng
Timbalan Menteri Kewangan – Datuk Amiruddin Hamzah

Menteri Dalam Negeri – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri Dalam Negeri – Datuk Azis Jamman

Menteri Pertahanan – Mohamad Sabu
Timbalan Menteri Pertahanan – Liew Ching Tong

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Hannah Yeoh Tseow Suan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi – Dr Mohd Radzi Md Jidin

Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew Fook
Timbalan Menteri Pengangkutan – Datuk Kamarudin Jaffar

Menteri Pelajaran – Dr Maszlee Malik
Timbalan Menteri Pelajaran – Teoh Nie Ching

Menteri Komunikasi dan Multimedia – Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia – Eddin Syazlee Shith

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Salahuddin Ayub
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Sim Tze Tzin

Menteri Pembangunan Luar Bandar – Rina Mohd Harun
Timbalan Pembangunan Luar Bandar – Sivarasa Rasiah

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Menteri Tenaga Manusia – M Kulasegaran
Timbalan Menteri Tenaga Manusia – Datuk Mahfuz Omar

Menteri Kesihatan – Dr Dzulkefly Ahmad
Timbalan Menteri Kesihatan – Dr Lee Boon Chye

Menteri Luar Negeri – Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Luar Negeri – Marzuki Yahya

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Darell Leiking
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Dr Ong Kian Ming

Menteri Wilayah Persekutuan – Khalid Samad
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Dr Shahruddin Md Salleh

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya – Datuk Mohamad Din Ketapi
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya – Bakhtiar WanChik

Menteri Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar – Yeo Bee Yin
Timbalan Menteri Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar – Isnaraissah Munirah Majilis

Menteri Belia dan Sukan – Syed Saddiq Abdul Rahman
Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Steven Sim Chee Keong

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Chong Chieng Jen

Menteri Pembangunan Usahawan – Redzuan Yusof
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan – Dr Mohd Hatta Md Ramli

Menteri Industri Utama – Teresa Kok Suh Sim
Timbalan Menteri Industri Utama – Shamsul Iskandar Md Akin

Menteri Kerja Raya – Baru Bian
Timbalan Menteri Kerja Raya – Annuar Tahir

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli – Dr A Xavier Jayakumar
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli – Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) – Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) – Dr Fuziah Salleh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) – Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) – Mohamed Hanipa Maidin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial – P. Waytha Moorthy
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial – Md Farid Md Rafik