in

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020

Permohonan Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 2019/2020 secara atas talian (online) telah di buka.

Menerusi makluman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia, calon SPM 2018 diperlawa memohon kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi pengajian 2019/2020 mulai 19 Julai 2018 sehingga 30 November 2018.

DIBUKA 19 JULAI 2018
PUKUL 12:00 TENGAH HARI

DITUTUP 30 NOVEMBER 2018
PUKUL 11:59 MALAM

LAYARI LAMAN WEB
matrikulasi.moe.gov.my

permohonan matrikulasi 2019

Isi Kandungan

Senarai Program Matrikulasi Yang Ditawarkan

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan:-

a. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester

i. Jurusan Sains
ii. Jurusan Kejuruteraan
iii. Jurusan Perakaunan
iv. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

b. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester

i. Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)

Syarat Kelayakan Permohonan Matrikulasi

Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019 dan menghantar borang permohonan Matrikulasi sebelum atau pada 30 November 2018 jam 11:59 malam.

Pemohon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya gred minimun dalam peperiksaan SPM 2018. Syarat kelayakan minimum permohonan Matrikulasi sistem dua semester dan sistem empat semester boleh dicapai di sini.

Cara Memohon Kolej Matrikulasi Secara Online

Untuk membuat permohonan Matrikulasi Sesi 2019/2020, sila layari Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi di sini.

Pemohon perlu membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan (LP).

permohonan matrikulasi baru 2019

Pemohon dikehendaki memasukkan No. Kad Pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No. Pin untuk membuat permohonan.

Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.

Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran.

Kemaskini Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi iaitu matrikulasi.moe.gov.my pada awal bulan Februari 2019 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pemohon boleh melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengumuman rasmi keputusan SPM menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan LP.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi 2019/2020

Pemohon perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan.

Pemohon boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

permohonan matrikulasi 2019

Artikel Berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments