in

Manifesto Pakatan Harapan: 10 Janji 100 Hari

Manifesto Pakatan Harapan: 10 Janji 100 Hari. Pakatan Harapan (PH) telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas menolak kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa selama 60 tahun.

PH pada satu majlis sebelum PRU14 telah melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Majlis Penasihat Kerajaan yang dianggotai oleh pakar ekonomi dan ahli akademik.

Majlis Penasihat ini ditubuhkan khusus untuk menasihati kerajaan berhubung hal ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.

Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat.

Manifesto Pakatan Harapan: Buku Harapan

Manifesto Pakatan harapan adalah berdasarkan lima teras utama, yang mana setiap satunya mempunyai langkah-langkah spesifik yang tersendiri, yang boleh diringkaskan seperti berikut:

  • TERAS 1: Meringankan bebanan kehidupan rakyat
  • TERAS 2: Mereformasi institusi pentadbiran dan politik
  • TERAS 3: Merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama
  • TERAS 4: Mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963
  • TERAS 5: Membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia

Buku Harapan
Kerajaan Pakatan Harapan juga menggariskan 10 janji yang akan dilaksanakan dalam masa 100 hari pertama PH membentuk kerajaan Persekutuan. Dalam 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, mereka akan melaksanakan 10 perkara yang berikut:

  1. Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat
  2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar
  3. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA
  4. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah
  5. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum
  6. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam
  7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka
  8. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963
  9. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40
  10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Download:  Buku Harapan | Manifesto Pakatan Harapan setebal 236 muka surat

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments