in

Cara Mandi Wajib Yang Betul

Sebagai seorang muslim, mandi wajib adalah sebahagian daripada ilmu fardu ain yang wajib dipelajari dan diamalkan dengan cara yang betul. Jika tidak tahu cara dan kaedah mandi wajib yang betul, amal ibadah kita menjadi tidak sah.

Mandi wajib ataupun dipanggil juga sebagai mandi junub perlu dilakukan apabila seorang muslim itu terkeluar mani (sebab hubungan kelamin / mimpi basah), selepas haid atau nifas.

Air yang digunakan untuk mandi wajib mestilah air mutlak dan tidak sah mandi wajib dengan air selain daripada air mutlak. Berikut adalah contoh air mutlak, ada tujuh jenis semuanya:

  • air hujan
  • air laut
  • air sungai
  • air telaga atau perigi
  • air mata air
  • air yang dicairkan dari salji
  • air embun

Rukun Mandi Wajib

Untuk makluman anda, terdapat tiga sahaja rukun mandi wajib. Kalau dah cukup tiga rukun ni, jangan risau, mandi wajib anda dah sah.

1. Niat

2. Menghilangkan segala jenis najis di badan sama ada yang jelas dan tidak jelas

3. Memastikan setiap inci anggota badan anda dari hujung rambut hingga hujung kaki dikenakan air

Jenis-jenis Niat Mandi Wajib

1. Bagi yang keluar air mani atau keluar darah haid dan nifas

Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2. Bagi yang sudah berkahwin, mandi disebabkan oleh persetubuhan antara suami dan isteri

Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Bacaan niat dalam Bahasa Arab

niat mandi wajib

Perkara-perkara yang Disunatkan Semasa Mandi Wajib

Okay ini adalah antara perkara-perkara sunat yang dituntut untuk dilakukan ya. Kalau anda buat, anda akan mendapat pahala dan kalau tak buat, ia anda tetap sah, jangan risau.

  • Mandi dalam keadaan menghadap kiblat
  • Membaca basmallah
  • Membasuh kedua belah tangan
  • Sebelum mandi, mengambil wuduk terlebih dahulu
  • Menggunakan tangan untuk menggosok seluruh anggota badan
  • Berturut-turut tanpa putus
  • Dilakukan secara tertib
  • Setiap basuhan dilakukan sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib

  • Jangan lupa untuk membaca niat apabila air dah sampai ke tubuh
  • Membasuh tangan sebanyak tiga kali bermula dari belah kanan
  • Menggunakan tangan kiri untuk mencuci kemaluan
  • Jangan lupa untuk berwuduk dan bila tiba pada bahagian kaki, anda boleh tangguhkan sehingga selesai mandi
  • Duduk bertinggung (cara duduk seperti ingin membuang air besar). Tujuannya supaya semua anggota zahir dan kawasan sulit (qubul dan dubur) dapat dilalui oleh air. Nak berdiri pun okay, tapi yang penting air sampai ke seluruh badan (anggota zahir dan kawasan sulit)
  • Semua anggota ini perlu dilalui air seperti rambut, kepala, telinga, hidung, mata, mulut, tengkuk, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat di semua bahagian, jari kaki dan semua yang zahir.
  • Sebelum berakhir mandi wajib, basuh kaki anda tadi.

Nota Tambahan:

Tidak wajib dibasuh bulu-bulu di dalam hidung kerana ianya anggota batin. Tetapi kalau bernajis, wajib dibasuh

Kalau kuku ada kotoran yang menghalang air, wajib dibuang kerana air tidak sampai ke bawah kuku

Kalau ada rambut yang diwarnakan dengan inai, mandi wajib sah. Tapi kalau selain ini, ini tidak sah. Walaupun pewarna tu ada tanda halal Jakim. Yang halal itu cuma bahan yang digunakan sahaja (tidak dari bahan bernajis). Ini yang anda perlu jelas.

Moga apa yang disampaikan ini dapat anda amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments