in

KWSP Suri Rumah: 2% Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan

KWSP Suri Rumah: Tiada caruman tambahan KWSP dipotong daripada gaji suami.

Terkini: Cadangan mewujudkan caruman KWSP kepada golongan suri rumah tidak melibatkan caruman tambahan dipotong daripada gaji suami.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebaliknya hanya 2% daripada 11% gaji suami yang dicarumkan kepada KWSP dicadang dipotong untuk tujuan itu.

“Kita tidak ambil tambahan, hanya ambil daripada 11 peratus. Bagilah pengiktirafan kepada wanita”, kata Wan Azizah.

KWSP Suri Rumah: 2% Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berjumpa dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu depan bagi membincangkan caruman khas untuk suri rumah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail berkata, inisiatif tersebut adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir negara.

BACA: Manifesto Pakatan Harapan: 10 Janji 100 Hari

“Kita akan mengadakan perjumpaan dengan pihak KWSP bagi menentukan mekanisme dan kaji dengan mendalam pelaksanaan janji ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Tugas di sini hari ini.

Manifesto yang diberi nama Buku Harapan menawarkan 60 janji selepas PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut manifesto tersebut, caruman pada kadar dua peratus akan disumbangkan daripada caruman KWSP para suami serta sumbangan RM50 daripada kerajaan pada setiap bulan.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments