in

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Pengenalan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Pada pembentangan Bajet 2018 tahun lepas, kerajaan telah memberikan satu kelulusan kepada Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) kepada semua pelajar pra-universiti dan di Universiti Awam (UA). Golongan sasaran ini adalah seramai 1.2 juta orang dan bantuan sebanyak RM300 akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.

Dengan adanya bantuan ini, semua pelajar yang berstatus warganegara dan menuntut di Univesiti Awam layak menerima inisiatif bernilai RM250 seorang.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia KADS1M

Info Menarik Mengenai KADS1M

Bantuan sebanyak RM300 juta akan diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada 1.2 juta penuntut yang berkelayakan dalam menerima KADS1M ini pada tahun 2018.

Mantan Menteri Pendidikan Tinggi, telah memaklumkan pembayaran telah dibuat melalui Bank Rakyat pada 15 Mac 2018 yang lepas untuk pemegang kad.

BACA: Semakan Keputusan UPU Online 2018/2019 UA IPTA

Permohonan KADS1M

Untuk tujuan permohonan, pelajar boleh membuat permohonan KADS1M secara online pada 2 April 2018. Bank Rakyat akan menjadi agensi yang bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran permohonan dan pengeluaran KADS1M. Untuk makluman anda terdapat 2 kategori bagi penerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT).

1. Permohonan Pelajar Baru Atau Pelajar Yang Menutup Akaun BPPT Bagi pelajar baru dan belum lagi mempunyai KADS1M, adalah digalakkan untuk membuat semakan terlebih dahulu untuk mengetahui samaada layak atau tidak untuk menerima BPPT.

2. Pelajar yang pada tahun lepas, 2017 telah menerima BPPT 2017 dan mempunyai Akaun Simpanan-i yang aktif.

Cara Membuat Semakan

Di bawah ini disertakan langkah-langkah untuk membuat semakan bagi Kad Debit Pelajar bagi kedua-dua kategori yang telah dinyatakan di atas:

1. Bagi pelajar yang belum mempunyai KADS1M, anda boleh membuat semakan dengan menggunakan portal Bank Rakyat sejak 1 April 2018 yang lepas.

Klik pautan ini: SEMAK KELAYAKAN BPPT/ SEMAKAN KADS1M

– Jangan lupa masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) yang baru – Sahkan Captcha (Pengesahan bagi mengelakkan website diakses oleh “robot”)
– Tekan Butang Semak

2. Untuk pelajar yang telah mempunyai kad debit ini, anda boleh membuat semakan pada 15 Mac 2018 seawal 4.00 petang dengan menggunakan mesin ATM, CDM Bank Rakyat, ataupun di laman sesawang rasmi Bank Rakyat di http://www.bankrakyat.com.my/bppt

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pengambilan KADS1M

Pastikan pelajar mengambil KADS1M membawa dokumen-dokumen berikut semasa walk-in ke kaunter:

Pelajar 18 Tahun Ke Bawah

1. MyKad (Satu salinan dan kad asal)
2. Kad Pelajar (Kad matriks asal dan salinan)
3. Surat kebenaran ibu bapa atau penjaga
4. Salinan MyKad Ibu Bapa / Penjaga (salinan sahaja) dan
5. Sijil kelahiran / sijil anak angkat (salinan asal dan juga salinan)

Umur 18 Tahun Ke Atas

1. MyKad (Asal dan salinan)
2. Kad Pelajar (Kad matriks asal dan salinan)

Permohonan KADS1M

Nota Tambahan KADS1M 2018

1. Permohonan baru tidak perlu dibuat bagi penerima KADS1M 2017 kerana bantuan akan terus dikreditkan kepada akaun pelajar secara automatik
2. KADS1M mulai tahun 2018 boleh dituntut di semua cawangan Bank Rakyat. Tidak seperti tahun 2017, hanya cawangan yang tertentu sahaja
3. Tidak dihadkan kepada pembelian bahan ilmiah sahaja, malah barangan lain seperti perisian komputer dan peralatan pembelajaran juga boleh dibeli dengan menggunakan kad debit pelajar yang mengandungi RM250
4. 31 Julai 2018 akan datang ini adalah tarikh akhir untuk pengambilan KADS1M ini
5. Bagi yang belum memohon, pastikan anda memohon BPPT 2018 sebelum 31 Mei 2018
6. Semakan KADS1M boleh dibuat melalui talian hotline di 1 300 80 5454 dan anda boleh berhubung terus dengan operator yang bertugas. Berikan semua maklumat yang diminta.