in

Kadar Zakat Fitrah 2018 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2018 / 1439H. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

kadar zakat fitrah

Kadar Zakat Fitrah

Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut:

Perlis RM7.00

Kedah RM7.00

Pulau Pinang RM7.00

Perak RM7.00

Selangor RM7.00

W. Persekutuan RM7.00

Negeri Sembilan RM6.50

Melaka RM6.70

Johor RM7.00

Pahang RM7.00

Terengganu RM7.00

Kelantan RM7.00

Sabah RM7.00

Sarawak RM7.00

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu Paling Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments