in

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 Malaysia

Senarai Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 Seluruh Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 1439H. Mengikut kalendar JAKIM, tarikh awal Ramadan atau bulan puasa dijangka jatuh pada hari Khamis 17 Mei 2018 bersamaan dengan 1 Ramadan 1439H.

Waktu berbuka puasa dan imsak puasa Ramadan 1439H yang disediakan adalah disahkan rasmi oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tarikh melihat anak bulan telah ditetapkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia iaitu pada 15 Mei 2018 Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439H.

Kaedah penentuan awal Ramadan 1439H di Malaysia adalah menggunakan kaedah rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada hari yang sama 15 Mei 2018 selepas waktu maghrib melalui radio dan televisyen.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan berpuasa selama 29 hari pada tahun ini.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Setiap Negeri

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Perlis

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Kedah

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Pulau Pinang

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Kelantan

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Pahang

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Terengganu

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Perak

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Selangor

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Melaka

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Negeri Sembilan

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Johor

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Sabah

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Sarawak

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa Kuala Lumpur & Putrajaya

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa WP Labuan

Waktu Sahur, Waktu Imsak & Waktu Berbuka

Waktu Sahur ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan Ramadan. Ia di lakukan sebelum masuk waktu Solat Subuh, lebih tepat lagi sebelum azan subuh mula berkumandang.

Waktu Imsak adalah sebaik-baik waktu untuk berhenti makan dan minum kerana ia merupakan Sunnah Rasulullah SAW. Waktu imsak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Quran yang sederhana panjang.

Makan dan minum selepas waktu Imsak tidak membatalkan puasa selagi belum masuk waktu subuh dan menurut pendapat Ulamak hukumnya adalah Makruh.

Waktu Berbuka bagi ibadah puasa adalah apabila tibanya waktu Maghrib. Sunnah agar kita menyegerakan makan minum sebagai adab berbuka puasa.

BACA: Kadar Zakat Fitrah Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

Amalan-Amalan Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan penuh hikmah dan bulan pengampunan. Bulan Ramadan merupakan bulan kebaikan, bulan ibadah, bulan berbuat baik, bulan kemenangan atas nafsu dan bulan pembebasan dari neraka.

Pada bulan ini, terdapat banyak kurniaan Allah yang diberikan kepada hambanya. Dalam bulan suci Ramadan ini, pahala dilipatgandakan serta segala dosa diampuni dengan syarat menghindari segala maksiat terutama dosa besar. Kita perlu memanfaatkan sepenuhnya masa anda di bulan Ramadan dengan melakukan amalan mudah berikut.

Bersedekah

Bagi umat Islam, bersedekah merupakan hal yang sangat dianjurkan untuk membersihkan hartanya. Bersedekah di bulan Ramadan merupakan amalan Ramadan yang dilipatgandakan, boleh terlepas dari seksaan api neraka dan dipermudahkan jalan menuju syurga.

Membaca Al-Quran

Membaca Al-Quran akan membuat bulan Ramadan terasa lebih istimewa kerana Al-Quran pertama kali turun pada bulan suci Ramadan. Sangat digalakkan untuk membaca Al-Quran sebagai amalan bulan Ramadan. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu lebih baik.

Berzikir, Doa dan Istighfar

Berzikir, berdoa dan istighfar boleh dilakukan bila-bila dan di mana jua. Oleh itu, pada bulan Ramadan cubalah untuk memperbanyakkan amalan berzikir kerana menurut hadis, berzikir di bulan Ramadan lebih afdhal dari seribu bacaan tasbih di bulan lainnya.

Memberi Makan Orang Berbuka

Tidak hanya berpuasa untuk diri sendiri, namun bersedekah kepada orang lain yang berpuasa juga merupakan suatu amalan bulan Ramdan yang sangat digalakkan. Contohnya dengan memberikan menu berbuka untuk sesama umat Islam yang juga melaksanakan puasa di surau rumah anda. Atau boleh juga memberikan menu berbuka kepada jiran sebelah rumah.

Solat Tarawih

Ibadah sunnah yang khas hanya di bulan Ramadan adalah solat tarawih. Rasulullah sangat menggalakkan solat tarawih. Hukum mengerjakan solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah oleh orang Islam lelaki dan perempuan.

Semoga jadual waktu berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia di atas dapat dikongsikan di laman sosial sebagai rujukan atau panduan disepanjang bulan Ramadan. Selamat berpuasa kepada yang beragama Islam. Semoga Ramadan tahun ini mengangkat lagi tahap ketakwaan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments