in

Pendaftaran i-Suri KWSP Caruman Sukarela Insentif Suri 2018

Pendaftaran i-Suri atau Caruman Sukarela Insentif Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat oleh mereka yang layak bermula 15 Ogos 2018.

Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai skim dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

Pembukaan pendaftaran i-Suri adalah susulan 10 janji dalam 100 hari Manifesto Pakatan Harapan iaitu memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.

Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat seperti ahli KWSP lain termasuk dividen tahunan ke atas simpanan persaraan.

Semakan Status Pendaftaran i-Suri

3 syarat utama i-Suri adalah:

  • berusia 60 tahun ke bawah
  • warganegara Malaysia
  • berdaftar dengan eKasih

Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Golongan yang berdaftar dengan eKasih mempunyai pendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah sebulan.

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) boleh menyertai i-Suri dengan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan sekali gus melayakkan mereka menerima insentif RM40 setiap bulan.

Mengikut statistik e-Kasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal layak menerima insentif itu jika membuat pendaftaran i-Suri.

Pendaftaran i-Suri KWSP Caruman Sukarela Insentif Suri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments