in

eGUMIS: Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Online

eGUMIS: Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online. Di dalam artikel ini akan dikongsikan kepada anda bagaimana untuk membuat semakan online Wang Tidak Dituntut (WTD) dan cara serta proses bayaran balik bagi Wang Tak Dituntut.

Untuk makluman anda, kita dapat bahagikan Wang Tak Dituntut ini kepada 3 kategori.

1. Wang yang tidak dibayar dalam tempoh kurang satu tahun. Wang ini wajib dibayar kepada empunya (di sisi undang-undang). Ini merujuk kepada 7 jenis:

a. Bonus, upah, gaji, komisyen dan wang lain yang perlu dibayar kepada para kakitangan
b. Dividen
c. Keuntungan yang telah diisytiharkan untuk pembahagian
d. Tuntutan daripada pihak insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
e. Selain itu, draf bank, cashier’s order dan juga dokumen lain yang mempunyai fungsi sama yang mana tempoh sah lakunya telah luput
f. Simpanan tetap yang telah mencapai tempoh matang
g. Cagaran serta deposit

2. Wang yang ada dalam akaun, tapi tidak diuruskan oleh pemilik akaun dalam satu tempoh masa (tidak kurang 7 tahun). Contoh yang diberikan ialah:
a. Akaun simpanan
b. Akaun semasa
c. Simpanan tetap

3. Wang dalam akaun dagangan. Tiada urusniaga dalam tempoh kurang dua tahun seperti ini:
a. Akaun penghutang dagangan berbaki kredit
b. Akaun pemiutang dagangan

Pendaftar WTD

Antara tanggungjawab pendaftar WTD ialah:

1. Menjadi pemegang amanah bagi WTD
2. Sekiranya ada permohonan empunya WTD, pendaftar perlu membayar balik WTD
3. Bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta, pendaftar WTD perlu memeriksa rekod syarikat atau firma
4. Boleh mencadangkan kompaun dan denda sekiranya gagal mematuhi peruntukan Akta.

Cara Semakan Wang Tak Dituntut

Berikut dikongsikan cara untuk anda membuat semakan di kaunter Pejabat Jabatan Akauntan Malaysia.
1. Hadir ke mana-mana kaunter JANM pada waktu operasi
2. Bawa kad pengenalan / passport bagi bukan warganegara
3. Pegawai akan terus membuat semakan melalui sistem JANM. Tidak sampai 5 minit anda akan mendapat keputusan.
4. Sekiranya ada WTD yang boleh dituntut, senarai jumlah akan ditunjukkan kepada pemohon
5. Pegawai akan membantu pemohon untuk membuat tuntutan WTD

eGUMIS Semakan Online Wang Tak Dituntut

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam proses untuk melancarkan semakan secara online untuk WTD ini melalui portal Electronic Government Unclaimed Money Information System atau eGUMIS bagi memudahkan urusan orang ramai. Namun buat masa ini, sistem ini belum lagi dibuka untuk orang awam.

Dalam perancangan, eGUMIS akan dilancarkan pada tahun 2018, pada suku tahun kedua. Di bawah ini adalah panduan untuk membuat permohonan wang tak dituntut.

1. Apabila ada permohonan dari empunya WTD yang sah, pendaftar akan membayar WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun hasil Disatukan
2. Wajib untuk pemohon menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau ada empunya WTD tersebut
3. Berita baiknya, tiada tempoh masa yang dihadkan
4. Pemohon perlu merujuk dengan Pendaftar WTD mengenai dokumen yang perlu dikemukanan semasa membuat tuntutan.

Senarai Semak Dokumen Yang Diperlukan

Bagi anda yang mempunyai WTD, anda perlu membawa beberapa dokumen seperti di bawah:
1. Borang UMA-7 yang telah lengkap
2. Salinan MyKad bahagian hadapan dan belakang. Manakala kepada bukan warganegara, salinan pasport diperlukan
3. Dokumen asal seperti sijil simpanan tetap dan buku bank
4. Sekiranya dokumen asal tiada, surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD perlu disertakan
5. Untuk tujuan pembayaran WTD, pemohon perlu menyediakan salinan buku akaun atau penyata bank yang masih aktif. Pastikan telah disahkan oleh pihak bank.

Sebagai penutup, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan WTD atau eGUMIS, anda boleh hubungi pejabat pendaftar di alamat berikut:

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430