in

E-Penyata Gaji: Semakan Slip Gaji & Laporan Online

Lihat, Cetak dan Muat Turun di Mana Sahaja

E-Penyata Gaji ialah sejenis perkhidmatan atas talian secara percuma yang disediakan Jabatan Akauntan Negara untuk kemudahan kakitangan awam mulai Oktober 2010. Dengan sistem ini, kakitangan awam mendapat maklumat terkini mengenai gaji dan pendapatan tahunan masing-masing.

Dengan mengakses ke portal E-Penyata Gaji, semua laporan berkenaan dapat dicetak atau dimuat turun, termasuklah slip gaji kerajaan bulanan dan penyata pendapatan tahunan.

Mengapa E-Penyata Gaji Perlu dan Bermanfaat?

Dengan ada sistem online ini, kakitangan awam dapat semak gaji masing-masing pada setiap bulan lebih awal, iaitu sebelum gaji dimasukkan ke akaun.

Cara ini memudahkan mereka merancang kewangan lebih awal, iaitu sebelum tarikh gaji penjawat awam dibayar.

Sistem E-Penyata Gaji ini juga memudahkan kakitangan awam dalam apa juga urusan membabitkan penggunaan slip gaji kerana ia dapat dicetak secara cepat dan mudah di mana sahaja lokasi asalkan ada rangkaian Internet tanpa perlu memintanya daripada kakitangan berkaitan seperti dalam amalan sebelum ini.

Satu lagi kelebihan sistem ini ialah kakitangan awam dapat menyimpan semua maklumat gaji dan pendapatan tahunan dalam bentuk digital, termasuk dalam simpanan online masing-masing atau dalam bentuk simpanan digital lain. Ia boleh dibuka, dilihat dan disemak pada bila-bila untuk tempoh panjang.

e-penyata gaji dan laporan

Bagaimana Menggunakan E-Penyata Gaji?

Mudah. Sangat mudah. Sistem E-Penyata Gaji memang direka untuk mudah diguna.

Bagaimanapun, semua maklumat berkenaan hanya disimpan membabitkan pendapatan tahunan bagi tujuh tahun. Manakala penyata gaji bulanan hanya untuk 18 bulan terkini.

Justeru, setiap kakitangan perlu memuat turun dan menyimpan semua data berkenaan supaya berada dalam simpanan sendiri secara online atau berada dalam alatan simpanan digital lain.

Bagaimana untuk akses ke portal E-Penyata Gaji? Hanya kunjungi laman Jabatan Akauntan Negara.

KLIK: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Sebelum itu, untuk kali pertama, kakitangan perlu membuat pendaftaran. Ini perlu dilakukan sekali sahaja.

e penyata gaji jabatan akauntan negara

Ternyata, sistem E-Penyata Gaji ini memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada kakitangan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments