in

E-Operasi: Modul Pengurusan Guru KPM

Apa itu E-Operasi?

Kemajuan teknologi yang dipacu kecanggihan dan kelajuan komunikasi Internet kini membolehkan golongan pendidik menikmati kemudahan hanya di hujung jari. Semua data pendidikan dan hal ehwal kerjaya dalam bidang ini dapat diuruskan hanya di papan kekunci.

Satu daripadanya ialah menerusi sistem e-Operasi. e-Operasi ialah satu daripada modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). e-Operasi dapat diakses di laman eoperasi.moe.gov.my

Menerusi sistem ini, pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru membabitkan beberapa kategori pengguna, iaitu pentadbir sistem peringkat bahagian di KPM, negeri, daerah dan sekolah serta pengguna guru dan bukan guru dapat diintegrasikan di dalam satu sistem online yang seragam serta kemas.

Sasaran

Kategori pengguna sasaran bagi sistem ini ialah pentadbir sistem itu sendiri, iaitu pengurusan di peringkat bahagian di KPM, negeri, daerah, dan sekolah. Ia juga membabitkan pengguna golongan guru dan bukan guru.

Sistem ini teratur dan selamat. Hanya pengguna yang sudah didaftarkan oleh pentadbir sistem dapat akses untuk menggunakan sistem ini.

Pentadbir sistem hanya terdiri daripada mereka yang dilantik khas KPM. Mereka berfungsi menggunakan maklumat akses yang dibekalkan.

Baca juga: SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

e-operasi kementerian pendidikan malaysia

Tatacara E-Operasi

Tidak terlalu sukar untuk mengendalikan sistem e-Operasi. Pengguna hanya memerlukan maklumat akses.

Dengan menggunakan maklumat akses berkenaan, pengguna dapat log masuk ke dalam sistem dengan memastikan semua butiran akses adalah tepat.

Beberapa maklumat akses lain mungkin diminta jika pengguna mahu menukar kata laluan. Ini termasuklah nama, kad pengenalan, nombor gaji, email serta beberapa soalan sekuriti.

Maklumat berkaitan soalan sekuriti memerlukan jawapan yang tepat, iaitu mesti sama ketika membuat pendaftaran kali pertama.

Ya. Pengguna boleh menukar kata laluan secara mudah jika semua maklumat yang diminta oleh sistem adalah tepat.

Manfaat

Banyak manfaat sebenarnya dapat diperolehi daripada sistem e-Operasi, terutama dalam konteks mengurus hal ehwal berkaitan pengurusan sektor pendidikan di negara ini.

Antara manfaat sistem ini ialah menjimatkan masa dan memudahkan pengurusan data, termasuklah dari segi memastikan proses kemas kini maklumat dapat dilakukan secara cepat serta tersusun.