in

Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Maksud. Ringkas & Senang Ingat

Doa selepas solat fardhu. Doa adalah senjata orang mukmin. Doa adalah satu hadiah dan anugerah yang terbesar buat kita para hamba-hambaNya. Doa adalah “talian hayat” seorang hamba dengan tuhan-Nya kerana ini adalah salah satu cara untuk kita memohon pertolongan dengan Allah. Manakala doa selepas solat fardhu adalah antara waktu doa yang paling mustajab.

Hadis Tentang Doa

Dari Salman, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi adalah Maha Hidup dan Mulia, Dia merasa malu dari hambanya apabila ia mengangkat kedua tangan kepadaNya dan mengembalikannya dalam keadaan kosong.” (HR Abu Daud No: 1273)

Dari hadis ini, antara pengajaran yang boleh diambil ialah:

  1. Walau apa jua keadaan sekalipun, setiap Muslim dituntut untuk berdoa kepada Allah
  2. Allah akan menjawab dan mengabulkan setiap doa hambaNya yang memohon
  3. Permintaan dan permohonan hambaNya tidak sama sekali akan dihampakan oleh Allah

Panduan untuk doa selepas solat fardhu

1. Bacaan Untuk Pembukaan Doa

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

2. Diikuti Selawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Doa Selepas Solat Fardhu

3. Diikuti Dengan Kandungan Doa

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

4. Bacaan Bagi Penutup Doa

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Waktu Mustajab Doa

1. Semasa Sahur / Sepertiga Malam Terakhir
Allah suka kepada mana-mana hamba-Nya yang bangun mendirikan malam dengan solat, zikir dan lain-lain ibadat. Pada waktu ini jugalah, waktu mustajabnya doa.

2. Ketika Berbuka
Selain daripada kegembiraan kita semasa berbuka puasa, Allah juga mengurniakan satu lagi “hadiah” iaitu, doa yang makbul andai berdoa saat ini.

Sabda Rasulullah s.a.w:“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” – HR. Tirmidzi no. 2528, Ibnu Majah no. 1752

3. Pada Malam Lailatul Qadar
Jangan lupa untuk rebut peluang beribadat pada bulan puasa kerana di dalamnya ada satu malam yang istimewa. Malam istimewa tersebut ialah Lailatul Qadar. Peluang ini cuma setahun sekali dan jangan sia-siakan bila anda menjumpainya.

Imam As-Syaukani berkata bahawa:“Kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.” – Tuhfatud Dzakirin

4. Antara Azan dan Iqamah
Bila muazzin selesai mengumandangkan azan, anda boleh menggunakan waktu tersebut untuk berdoa. Doa pada saat itu tidak akan ditolak dan akan dimakbulkan.

Dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah.”

5. Ketika Sujud Dalam Solat
Tahukah anda saat sujud dalam solat adalah saat seorang hamba itu hampir dengan penciptanya.

Dari Ibnu Abbad R.A. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan.”

6. Ketika Hujan
Doa ketika hujan adalah makbul.

Dari Sahl bin a’ad R.A bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.”

7. Pada Hari Jumaat
Dalam banyak-banyak hari dalam seminggu, hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Malah antara keistimewaan hari Jumaat ialah ada satu saat doa makbul apabila seorang Muslim itu berdoa.

Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan, seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut.”

8. Doa Ketika Bermusafir
Jangan padang rendah dengan doa orang yang sedang bermusafir kerana doa mereka juga makbul.

Tiga orang yang doanya pasti dimakbulkan; doa orang yang teraniaya; doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.”

Semoga dengan perkongsian doa selepas solat fardhu beserta maksud ini, anda dapat jadikan amalan dan panduan dalam berdoa seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments