in

Senarai Diskaun Rebat Tol Lebuhraya Sempena PRU14

Senarai diskaun dan rebat tol lebuhraya sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 PRU14 2018. Seperti sedia maklum, tarikh 9 Mei iaitu hari Rabu ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Malaysia.

Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menawarkan diskaun dan rebat tol bagi 20 lebuh raya sempena PRU14 pada 9 Mei 2018.

Senarai Diskaun Tol Lebuhraya Sempena PRU14

Diskaun & Rebat Tol 10%
(12 tengah malam hingga 11.59 malam)

  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Cheras – Kajang (Grand Saga)
  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  • Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (ECE 1)Jambatan Kedua
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Diskaun 10 % untuk kenderaan kelas 1

  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK)
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Maju (MEX)
  • Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (GRAND SEPADU)

Diskaun sebanyak 10 sen

  • Lebuhraya SPRINT (SPRINT)

Diskaun 10%
(8 pagi hingga 5 petang)

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK)
  • Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Guthrie Corridor (GCE)

Diskaun 100%
(8 pagi hingga 5 petang)

  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)

Selain itu, pengguna kenderaan kelas satu di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dan Lebuhraya PLUS, akan mendapat rebat sebanyak 20 peratus bagi pemegang kad PlusMiles dan Touch ‘n’ Go sepanjang dua hari bermula 8 Mei hingga 9 Mei.

Rebat boleh dilakukan bermula 15 Jun hingga 14 September.

Bagaimanapun, PSKLM berkata, tol bagi kawasan Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang adalah berkecuali.