in

Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi PRU14

Semakan daftar pemilih Pilihan Raya Umum ke-14 PRU14 secara online dan SMS. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah memaklumkan bahawa mulai 16 April 2018, semua pemilih berdaftar boleh membuat semakan mengenai maklumat lengkap daftar pemilih mereka yang terkini untuk mengetahui tempat mengundi di bahagian pilihan raya masing-masing.

Berikutan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang telah dikuatkuasakan baru-baru ini, pemilih berdaftar adalah dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat lebih awal agar memudahkan perancangan pada hari pengundian.

Cara Semak Daftar Pemilih SPR Online Dan SMS

Semakan boleh dibuat melalui pelbagai kaedah dan saluran seperti yang di sediakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Pemilih akan mengetahui maklumat seperti Daerah Mengundi, DUN, Parlimen serta Pusat Mengundi dan Saluran Mengundi.

A. Semakan Daftar Pemilih Melalui Website

1. Pemilih boleh membuat semakan online melalui pautan: pengundi.spr.gov.my

2. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN tanpa “-” atau “space” (Contoh: 881211001234 dan klik SEMAK)

3. Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diwartakan pada 10 April 2018 akan di paparkan.

Semakan daftar pemilih
Semakan daftar pemilih

B. Semakan Daftar Pemilih Melalui SMS

1. Pemilih juga boleh menyemak maklumat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) iaitu dengan cara menghantar SMS ke nombor 15888 dengan menaip SPR No. KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888 (Contoh: SPR 921207001234 dan hantar SMS ke 15888)

Caj penghantaran RM0.15 | Caj penerimaan RM0.20 (Tidak Termasuk GST) akan dikenakan.

C. Semakan Melalui Aplikasi MySPR Semak

Pemilih boleh membuat semakan dengan menggunakan aplikasi mudah alih MySPR Semak. Aplikasi ini boleh dimuatturun dalam Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma. Selain semakan daftar pemilih, aplikasi ini juga turut menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan juga boleh menyemak keputusan pilihan raya yang dipertandingkan.

Aplikasi MySPR Semak

D. Semakan Melalui Talian Telefon

Pemilih berdaftar juga boleh menelefon ke talian hotline 03-88927018 atau telefon ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Syarat Layak Daftar Pemilih SPR

Mengapa anda perlu mendaftar sebagai pemilih? Anda perlu mendaftar sebagai pemilih untuk menjamin hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara seperti termaktub di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
Seorang warganegara Malaysia;
Telah mencapai umur 21 tahun;
Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU14 yang akan digunakan untuk PRU14 adalah sehingga Suku Keempat Tahun 2017. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 14,940,624 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada:

  • Pemilih Biasa 14,636,716 orang
  • Pemilih Awal (Tentera dan Pasangan / Polis) 300,255 orang
  • Pengundi Tidak Hadir Luar Negara 3,653 orang

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments