in

eCCRIS: Cara Membuat Semakan CCRIS Secara Online

Anda pernah dengar mengenai eCCRIS? Pernah terfikir bagaimana anda boleh membuat semakan secara online untuk CCRIS anda? CCRIS dalam bahasa mudahnya ialah kedudukan kredit kewangan seseorang. CCRIS atau dalam Bahasa Melayunya ialah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat ini berfungsi sebagai status kedudukan kewangan individu dan ianya bukan satu senarai hitam.

Kembali kepada topik, anda kini boleh membuat semakan secara dalam dalam talian / online. Sebelum diperkenalkan sistem semakan secara online ini, eCCRIS, orang awam hanya boleh mendapatkan laporan CCRIS melalui Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) secara walk-in.

Caranya dahulu, anda perlu ke ibu pejabat dengan membawa kad pengenalan (MyKad) dan pengesahan cap jari. Selain itu satu cara lain ialah, melalui emel dengan menghubungi pihak BNM di [email protected] Setelah itu, laporan CCRIS akan dihantar ke emel anda dalam tempoh satu atau dua minggu.

laporan ccris

eCCRIS: Semakan Laporan CCRIS Online

Bagi anda yang belum tahu cara untuk membuat semakan, anda boleh merujuk langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah nanti. Selain itu juga artikel ini akan menyentuh Apa Itu CCRIS dan CTOS, cara membuat semakan online dan beberapa maklumat penting semakan.

Apa Itu CCRIS

Dalam Bahasa Inggeris, CCRIS ini adalah ringkasa bagi Central Credit Reference Information System adalah satu rekod kewangan yang telah diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Semua rekod bayaran peminjam dalam tempoh 12 bulan (terkini) akan dikumpulkan dalam laporan CCRIS.

Merujuk kepada Biro Kredit BNM

“CCRIS merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta. Ianya merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.”

Sekiranya rekod kewangan anda baik, anda akan melihat semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Apakah yang dimaksudkan dengan semua nombor ini? Sekiranya anda mendapat nombor seperti ini, bermaksud anda tidak mempunyai sebarang tunggakan pinjaman dan rekod kewangan anda juga bersih. Sekiranya anda ingin membuat pinjaman, peratusan anda untuk lulus sangat tinggi.

Apa Itu CTOS

CTOS adalah laporan bagi kredit anda. Sekiranya anda gagal membuat bayaran balik bagi:
– Pinjaman peribadi
– Bil utiliti
– Bil telefon

Laporan CTOS anda akan terjejas. Ini sekaligus mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman.

Senarai Hutang CCRIS

– Pembiayaan pinjaman peribadi dari mana-mana bank
– Pinjaman perumahan dan sebagainya
– Pinjaman PTPTN
– Pembiayaan semasa membeli kereta / motor
– Pembiayaan bisnes daripada bank

Cara Membuat Semakan CCRIS Online (eCCRIS)

Cara Membuat Pendaftaran di Kiosk BNM

1. Datang pada waktu kerja di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan butiran peribadi
2. Di kiosk CCRIS sila daftar sebagai pengguna
3. Pastikan semua maklumat yang diminta dilengkapkan
4. Jangan lupa masukkan nombor telefon anda
5. Nombo pin (6 digit) akan dihantar ke telefon

Login Ke eCCRIS

1. Log Masuk ke pautan ini https://eccris.bnm.gov.my
2. Klik pada pautan “Log Masuk Kali Pertama” dan mulakan pendaftaran
3. Setelah selesai pendaftaran anda terus dapat membuat semakan CCRIS
secara dalam talian sahaja

Mendapatkan Laporan CCRIS

1. Log masuk ke https://eccris.bnm.gov.my
2. Bagi mendapatkan laporan CCRIS anda, pilih “CARIAN”, dan klik pada “Carian Sendiri – Individu”
3. Halaman akan memaparkan “Kenyataan Penafian”, anda hanya perlu menanda kotak “Saya Setuju”.
4. Klik seterusnya pada butang “Carian Laporan”.
5. Setelah itu anda akan melihat laporan dipaparkan di skrin anda, terus klik pada butang “Muat Turun” di halaman tersebut.
6. Laporan akan disimpan dalam bentuuk Portable Document Format (PDF)
7. Semua file dilindungi kata laluan seperti berikut:
– Tarikh carian dibuat untuk laporan tersebut (Contoh: 31Jan2018, 20Mac2018)
– Tiga aksara yang digunakan pada ID pengguna anda (Fatimah, Aisyah)
– Contoh: 31Jan2018Fat, 20Mac2018Ais
8. Anda dapat membuka laporan setelah memasukkan kata laluan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments