in

Bonus Raya Kakitangan Awam RM400, Pesara RM200

Bonus raya khas kakitangan awam RM400. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan kakitangan awam bagi gred 41 dan ke bawah akan menerima bonus khas hari raya bernilai RM400, manakala RM200 untuk pesara kerajaan.

Bonus raya itu akan dibayar pada 6 Jun depan.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua konsesi lebuh raya di negara ini memberikan potongan harga sebanyak 50 peratus sebelum 1 Syawal.

Dr Mahathir turut mengumumkan Bantuan Sara Hidup rakyat bagi menggantikan BR1M yang diperkenalkan kerajaan BN terdahulu. Jumlah yang sama dengan BR1M akan dibayar pada 6 Jun depan.