in

Biodata Tun Dr Mahathir Mohamad

Biodata Tun Dr Mahathir Mohamad. Biodata Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun. Beliau dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Biodata Tun Dr Mahathir Mohamad

Umur: 93 tahun
Tarikh lahir: 10 Julai 1925
Asal: Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah

Pendidikan Tun Dr Mahathir

  • Pendidikan awal Sekolah Melayu Seberang Perak
  • Sekolah Inggeris kerajaan, Kolej Sultan Abdul Hamid
  • Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura
    – Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS)

Pencapaian Tun Dr Mahathir

1946
Mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO

1954
Mula berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis

1957
Berhenti berkhidmat sebagai pegawai perubatan dan menubuhkan klik sendiri, Klinik Maha di Alor Setar

1964
Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar

1965
Menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1969
Dipecat dari UMNO pada 12 Julai berikutan peristiwa 13 Mei 1969

1972
Diterima memasuki UMNO kembali ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri

1973
Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara

1974
Dilantik menjadi Menteri Pelajaran selepas Pilihan Raya Umum (PRU)

1978
Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

1981
Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat

2003
Bersara selepas 22 tahun sebagai Perdana Menteri

2008
Keluar daripada UMNO ketika pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi

2009
Kembali bersama UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak

2016
Keluar UMNO, menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

2017
Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan apabila PPBM membentuk kerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah

2018
Bertanding PRU14 dan menang Parlimen Langkawi seterusnya dipilih menjadi Perdana Menteri Ketujuh

Tun M

Tun M