in

Bantuan Sara Hidup Rakyat Ganti BR1M

Bantuan Sara Hidup Rakyat Ganti BR1M. Kerajaan akan memberikan bantuan sara hidup kepada rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bantuan Sara Hidup Ganti BR1M

Bantuan BR1M telah diasaskan oleh kerajaan Malaysia terdahulu melalui Perdana Menteri ke-6, Dato Seri Najib Razak. Untuk makluman anda, seramai 7 juta orang penerima layak dan akan menerima bantuan BR1M pada tahun 2018.

Penerima Bantuan Sara Hidup BR1M 2018

Berikut adalah senarai pendapatan isi rumah yang layak untuk menerima bantuan BR1M pada tahun 2018 setelah senarai penerima dikemaskini oleh pihak kerajaan.

Isi rumah dengan program e-kasih (pendapatan RM1000 ke bawah)
RM1200 (setahun)

Isi rumah dengan pendapatan kurang RM3000 sebulan
RM1200 (setahun)

Isi rumah dengan pendapatan RM 3000 hingga RM4000 sebulan
RM900 (setahun)

Orang bujang berumur 21 tahun ke atas serta berpendapatan kurang RM2000 sebulan
RM450 (setahun)

Warga emas
RM1000 (setahun)

Untuk makluman anda, jumlah bantuan yang diberikan untuk BR1M 2018 adalah tetap sama dengan tahun lepas. Untuk ketua rumah dengan pendapatan isi keluarga RM3000 ke bawah akan menerima RM1200. Manakala untuk mereka yang berpendapatan RM3000 hingga RM4000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM900 setahun. Bagi mereka yang masih bujang (umur 21 ke atas) dan mempunyai pendapatan RM2000 ke bawah akan menerima RM450 setahun.

Permohonan Serta Kemaskini BR1M 2018

Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan borang BR1M. Untuk info tambahan, pada 27 November 2017 yang lepas telah dibuka permohonan bagi BR1M 2018 dan telah ditutup pada 31 Disember 2017 tahun lepas. Ada dua cara untuk membuat permohonan iaitu secara online ataupun anda boleh terus ke kaunter LHDN, cawangan yang terdekat dengan rumah anda.

Bagi anda yang membuat permohonan online, jangan lupa untuk membuat cetakan selepas membuat pengemaskinian maklumat pada portal eBRIM.

Pemohon Bekerja Sendiri

Bagi mana-mana pemohon yang bekerja sendiri / berniaga, perlu ada pendaftaran perniagaan di SSM dan jangan lupa untuk bawa salinan-salinan sokongan berikut:
1. Penyata pendapatan perniagaan bagi tahun 2017
2. Penyatan akaun bank (akaun semasa) bagi 3 bulan terkini
3. Pengesahan penamatan perniagaan yang telah dikeluarkan oleh SSM (1 Oktober 2017)

Kemaskini Maklumat Yang Telah Ditukar

Sekiranya maklumat-maklumat di bawah ini telah ditukar, jangan lupa untuk mengemaskini. Maklumat-maklumat tersebut ialah:
1. Akaun bank (simpanan / semasa)
2. Alamat rumah pemohon BRIM
3. Status perkahwinan (bujang / duda / janda / kematian). Tarikh bagi berlakunya kematian atau cerai mesti dimasukkan
4. Maklumat tanggungan ketua keluarga. Pastikan juga maklumat seperti nombor kad pengenalan (MyKad) tepat dan jelas
5. Nombor telefon pemohon BR1M (peribadi) dan rumah
6. Maklumat waris yang boleh dihubungi jika berlaku kematian boleh menerima Skim Khairat Kematian (SKK)

Tarikh Bayaran BR1M 2018 Mengikut Bulan

1. Bayaran RM1200 setahun

Februari RM400
Jun RM400
Ogos RM400

2. Bayaran RM900 setahun

Februari RM300
Jun RM300
Ogos RM300

3. Bayaran RM450 setahun

Februari RM450

Skim Khairat Kematian (SKK)

Sekiranya ada pemohon yang meninggal dunia antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018, waris yang menjadi penama kepada penerima BR1M akan menerima wang tunai sebanyak RM1000. Untuk membuat tuntutan, waris boleh ke cawangan BSN terdekat. Jangan lupa untuk membawa sijil kematian yang asli, kad pengenalan (MyKad) waris yang menjadi penerima BR1M serta dokumen yang menyokong hubungan dengan penerima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments